SELAMAT DATANG! SILA BACA INFO KAT SINI DULU YE :)

KEMPEN TERBARU: Kempen 19 (1-31 Oktober2017)
KEMPEN AKTIF: Kempen 18 & Kempen 19 (boleh order dari kedua2 kempen)
HARI POS: ISNIN setiap minggu.

Item dari kempen lepas ada di sini. Semua ready stok. Selagi ada gambar maknanya item ada lagi.

TERMA & SYARAT
1) Tiada perkhidmatan COD disediakan, hanya pembelian melalui online sahaja.
2) Pemulangan wang akan dilakukan ke atas pesanan barangan yang telah habis stok.
3) Harga tidak termasuk kos penghantaran
4) Minimum cas poslaju : RM8.00 Semenanjung dan RM12 Sabah/Sarawak (bergantung kepada berat barang)
5) Pembayaran hanya diterima melalui Maybank dan CIMB sahaja
6) Pesanan perlu mengikut tempoh kempen aktif


Untuk pertanyaan boleh klik whatsapp link di bawah:
Terima kasih.

Saturday, 25 July 2015

Cara Mengukur Saiz Bra Dengan Betul

Jom belajar cara yang betul untuk mengukur saiz bra anda. Mudah saja tau! 
Boleh belajar sekali cara pemakaian bra dengan betul!




LANGKAH 1 - SAIZ COLI:
Pakai coli semasa mengukur sambil berdiri. Ukur di sekeliling bawah payudara. 
Jika mendapat nombor genap, tambah 4 inci
Jika mendapat nombor ganjil, tambah 5 inci.

Contoh:
(a) Jika ukuran anda ialah 30 inci: 30 + 4 = 34 inci
Jadi saiz coli anda ialah 34 inci.

(b) Jika ukuran anda ialah 31 inci: 31 + 5 = 36 inci
Jadi saiz coli anda ialah 36 inci.

LANGKAH 2 - SAIZ CUP:
Ukur di sekeliling bahagian terpadat payudara. Jangan terlalu ketat atau terlalu longgar. Bandingkan nombor ini dengazn saiz coli anda (seperti di atas). 
Jika nombornya sama, saiz cup anda ialah A.
Jika nombornya berbeza 1 inci, saiz cup anda ialah B.
Jika nombornya berbeza 2 inci, saiz cup anda ialah C.
Jika nombornya berbeza 3 inci, saiz cup anda ialah D.
Jika nombornya berbeza 4 inci, saiz cup anda ialah E.

Contoh:
Jika saiz coli anda ialah 36 inci dan saiz cup anda ialah 37 inci.
37 (Saiz cup) - 36 (saiz coli) = 1 inci = cup B

LANGKAH 3 - SAIZ BRA:
Saiz bra = saiz coli & saiz cup = 36B

Pakaian peribadi Avon dihasilkan pada tahap kualiti tertinggi untuk memastikan pemakaian yang selesa. Pelbagai pilihan untuk uolls pilih. Jom cuci mata tengok katalog & shopping! 

No comments:

Post a Comment