Saya sentiasa sedar bahawa jerawat sebulan sekali yang timbul pada dagu saya ini adalah kerana hormon yang tidak begitu stabil. Walau bagaimanapun, apabila dermatologi saya melihat jerawat marah yang timbul dengan banyak pada hidung saya dan meminta saya untuk pergi memeriksa tekanan darah, ia membuka mata saya kepada sains pemetaan muka yang baru (sebenarnya dah lama wujud), yang cukup untuk merungkai misteri di sebalik masalah kulit.
Pemetaan muka, yang kini menjadi kegilaan di kebanyakan klinik-klinik, menggabungkan ilmu Ayurveda dan perubatan Cina purba dengan preskripsi dermatologi yang canggih untuk menjelaskan bagaimana bahagian tertentu pada muka anda berkait rapat dengan bahagian lain pada badan anda. Secara ringkasnya, bayangkan wajah anda sebagai sebuah peta dan jerawat ditandakan sebagai X pada landskap itu. Zon yang berbeza menunjukkan masalah yang berbeza. Jadi, dengan "peta" ini sebagai panduan anda, anda boleh menangani masalah sebenar jerawat dan tidak hanya membuat jerawar hodoh hilang tetapi juga merawat masalah kesihatan dalam jangka masa yang panjang.
Cukup hebat, bukan?
Cubalah: berikut adalah cara bagaimana untuk mendedahkan masalah jerawat pada bahagian biasa muka anda.
(sumber gambar: http://thebeautygypsy.com/what-is-your-acne-telling-you/)
1 & 2 Sistem Pencernaan
Kurangkan makanan yang diproses atau makanan ringan, kurangkan jumlah lemak dalam diet anda, tingkatkan pengambilan air dan pilih makanan yang sejuk seperti timun.
3: Hati
Jauhi alkohol, makanan berminyak dan tenusu. Ini adalah zon di mana alahan makanan juga muncul dahulu, jadi perhatikan bahan-bahan dalam makanan anda. Selain itu, lakukan 30 minit senaman ringan setiap hari dan dapatkan tidur yang cukup supaya hati anda dapat berehat.
4 & 5 Buah Pinggang
Apa-apa sahaja di sekeliling mata (termasuk lingkaran hitam) menunjukkan dehidrasi. Minumlah!
6: Jantung
Periksa tekanan darah (tekanan darah saya adalah tinggi sedikit) dan tahap Vitamin B anda. Kurangkan pengambilan makanan pedas atau berbau, kurangkan daging dan selalu dapatkan udara yang segar. Selain itu, cari cara untuk mengurangkan kolesterol, seperti menggantikan "lemak jahat" dengan "lemak baik" seperti omega 3 dan 6 yang terdapat dalam kacang, avokado, ikan dan biji flaks. Oleh kerana zon ini juga adalah zon yang penuh dengan liang roma, pastikan alat solek anda tidak melepasi tarikh luput atau boleh menyebabkan kulit tersumbat.
7 & 8: Buah pinggang
Sekali lagi, minum! Dan kurangkan minuman bergas, kopi dan alkohol kerana ini akan menyebabkan dehidrasi lanjut.
Zon 9 & 10: Sistem pernafasan
Adakah anda merokok? Ada alahan? Ini adalah zon masalah anda bagi kedua-duanya. Jika kedua-dua itu bukan puncanya, jangan biarkan badan anda terlalu panas, makan makanan yang lebih menyejukkan, kurangkan gula dan dapatkan lebih udara yang segar. Pastikan juga tubuh badan lebih beralkali dengan mengelakkan makanan yang membuat badan berasid (daging, susu, alkohol, kafein, gula) dan menambah makanan lebih beralkali seperti jus wheatgrass dan sayur-sayuran hijau. Satu lagi perkara yang selalu diabaikan - telefon bimbit yang kotor dan bantal adalah dua penyebab utama jerawat dan zon ini adalah azon yang kerap dijangkiti!
Zon 11 & 12: Hormon
Ini adalah zon biasa untuk tekanan dan perubahan hormon. Memandangkan kedua-duanya sering kali tidak dapat dielakkan, anda boleh mengurangkan kesan dengan mendapatkan mereka tidur yang cukup, minum air yang cukup, makan sayur-sayuran berdaun dan menjaga kulit dengan bersih. Satu lagi perkara yang menarik: di kawasan ini menunjukkan jerawat apabila anda sedang subur (dan pada bahagian yang mana).
Zon 13: Perut
Tingkatkan pengambilan serat, kurangkan toksin dan minum teh herba untuk membantu penghadaman.
14: Penyakit
Jerawat di sini boleh menjadi tanda bahawa badan anda sedang menentang bakteria untuk mengelakkan penyakit. Banyakkan berehat, menghadiri kelas yoga,
tidur sebentar untuk rehat, ambil masa untuk menarik nafas panjang, minum air yang banyak dan tahu bahawa segala-galanya akan berjalan lancar!
Jadi, apabila jerawat muncul atau timbul lingkaran gelap di bawah mata, lihatlah pada peta muka: kulit anda mungkin cuba mewakili pihak organ-organ dalaman untuk berkomunikasi dengan anda. Walau bagaimanapun, sentiasa ingat seperti semua isu-isu perubatan, adalah terbaik untuk berjumpa dengan doktor atau dermatologi anda untuk prognosis yang betul. Ini hanyalah panduan umum untuk membantu anda ke arah yang betul - hanya kerana jerawat muncul di antara kening anda tidak bermakna anda mempunyai hati yang tidak baik!
sumber artikel: http://thebeautygypsy.com/what-is-your-acne-telling-you/
sumber artikel: http://thebeautygypsy.com/what-is-your-acne-telling-you/
Nak cegah jerawat?
Jom cuba CLEARSKIN dari Avon!
(klik pada gambar untuk imej yang lebih besar)
Dari kiri:
Clearskin Cleansing Soap
RM11.90 saja!
Clearskin Pore Penetrating Invigorating Scrub
RM12.90 saja!
Clearskin Pore Penetrating Black Mineral Mask
RM15.90 saja!
Beli mana-mana 2 dengan hanya RM19.90 saja!
(Tawaran ini sah sehingga 15 Ogos saja)
Cepat whatsapp 013 3300831 untuk order!
No comments:
Post a Comment