Jom belajar cara yang betul untuk mengukur saiz bra anda. Mudah saja tau!
Boleh belajar sekali cara pemakaian bra dengan betul!
LANGKAH 1 - SAIZ COLI:
Pakai coli semasa mengukur sambil berdiri. Ukur di sekeliling bawah payudara.
Jika mendapat nombor genap, tambah 4 inci.
Jika mendapat nombor ganjil, tambah 5 inci.
Contoh:
(a) Jika ukuran anda ialah 30 inci: 30 + 4 = 34 inci
Jadi saiz coli anda ialah 34 inci.
(b) Jika ukuran anda ialah 31 inci: 31 + 5 = 36 inci
Jadi saiz coli anda ialah 36 inci.
LANGKAH 2 - SAIZ CUP:
Ukur di sekeliling bahagian terpadat payudara. Jangan terlalu ketat atau terlalu longgar. Bandingkan nombor ini dengazn saiz coli anda (seperti di atas).
Jika nombornya sama, saiz cup anda ialah A.
Jika nombornya berbeza 1 inci, saiz cup anda ialah B.
Jika nombornya berbeza 2 inci, saiz cup anda ialah C.
Jika nombornya berbeza 3 inci, saiz cup anda ialah D.
Jika nombornya berbeza 4 inci, saiz cup anda ialah E.
Contoh:
Jika saiz coli anda ialah 36 inci dan saiz cup anda ialah 37 inci.
37 (Saiz cup) - 36 (saiz coli) = 1 inci = cup B
LANGKAH 3 - SAIZ BRA:
Saiz bra = saiz coli & saiz cup = 36B
BACA JUGA : Mencari Coli Yang Sempurna Untukmu
Rangkaian coli AVON INTIMATES menawarkan pilihan yang pelbagai dan versatil supaya coli yang SEMPURNA dapat dimiliki oleh setiap wanita.
(klik pada gambar untuk lihat imej lebih besar)
Rangkaian coli AVON INTIMATES menawarkan pilihan yang pelbagai dan versatil supaya coli yang SEMPURNA dapat dimiliki oleh setiap wanita.
(klik pada gambar untuk lihat imej lebih besar)
Tawaran ini sah dari 1-15 Ogos saja dan selagi stok masih ada.
Cepat-cepat whatsapp 013 3300831 untuk order!
*************************************
Jom LIKE Facebook kami: Butik Avon Online
Follow Instagram kami: @cantik_dgn_avon
No comments:
Post a Comment